Ahad, 11 Disember 2011

Kembali Aku

Aku kembali dari kesibukan yang jauh aku sangkakan.
2011. Hampir sampai ke penghujungnya. Bukan aku seorang saja yg sedar, seluruh dunia sudah menyedarinya.
2011. Kenangan pahit manis tercalit. Pelbagai rintangan mendatang. Tidak, aku tidak begitu. Aku masih senyum sehingga ternampak lesung pipit yang tak berapa ketara rupanya.
2011. Aku sentiasa merindui apa yang telah terjadi. Akanku ambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Bukan hanya pada diriku ianya juga dari orang diselilingku yg sering aku perhati dan mengambil tahu.

"Jadilah dirimu kerana dirimu menginginkan kamu menjadi dirimu sendiri. Bukan orang lain." Ya, saya sendiri berkata.
Aku tetap aku.