Sabtu, 25 Disember 2010

Dibuai sana, Ditarik sini. Mana nak pergi?

Rasa macam pelik sangat. Aku dah macam Perdana Menteri pula! Sibuk memanjang, kejap ini, kejap itu. Tak henti-henti. Ni jelah masa yang terbaik aku post kat blog kesayangan aku ni. :) Rasa rindu pulak lama tak membebel kat sini. Ni dia puisi baru! ;

Lari dia lari kemana?
Setahunya tanpa hala,
Kenapa dia pergi sendiri?
Semua bimbang semua gusar,
Pulanglah kepangkalmu, Pulanglah adik.
Jangan begini selalu,
Pulanglah pulanglah.

--Daripada sebuah kisah saya masukkan ke alam puisi. :)

Selasa, 14 Disember 2010

Manusia hari ini!

Peliknya? Tiada rasa serik walaupun sekali. Rasa macam tak percaya pula. Bila kena, mula berjanji pada diri sendiri tak akan mengulangi. Tapi? Janji kosong itu memperbodohi dirinya sendiri. Dia melakukannya sekali lagi! Hebat rasanya! Mula rasa sakit hati, resah gelisah, mengadu sana-sini akibat diri sendiri. Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat membantu kecuali diri kamu sendiri. Siapa yang merasa hidupnya panjang lagi, buatlah begitu. Tapi, mana kamu tahu ajal maut kamu? Fikirlah, kamu bukannya binatang yang hanya diberi otak saja tapi taida akal fikiran. Kamu ialah manusia, boleh berfikir dengan baik.

--Harap maklum, tiada unsur mengutuk disini. Hanya kasihan melihat sesiapa yang belum serik lagi. Terima kasih.

Imiginasi!

Sang Naga berlari,
Tidak berkepak pula!

Ini realiti?
Atau hanya imiginasi?

Aku tidak mengerti,
Imiginasi menghantui,
Aneh ada didalam kepala,
Sakit hati memikirkan kembali.

Aku mati,
Aku berimiginasi,
Aku pergi,
Juga imiginasi.

Bagaimana mahu aku lari,
Dari kenyataan ini?

Berikan aku,
Secebis kertas,
Seurat dakwat,
Agar aku dapat lari dari imiginasi ini!

Terkurung aku,
Terdiam aku,
Tertipu aku,
Dalam imiginasi aku!

Inginku mati hidup kembali.

Inginku mati,
Dan hidup kembali,
Tiada siapa yang mengenali,
Diriku ini.

Awan gelap sudah biasa,
Kerana pernah merasa begitu,
Sakit hati tidak terasa,
Kerana tiada siapa kenaliku.

Laut gelora,
Hati tidak tersiksa,
Kelabu awan,
Aku tidak berkawan.

Hidupku tenang,
Amannya terbang,
Menjadi burung,
Tiada sarang!

Ya! Merasa aku dalam hidup ini!

Isnin, 13 Disember 2010

Koyakkan Kesunyian Ini!

Sunyi sendiri, hatiku mati!
Jiwa emosi, bagai ingin mati.

Kehidupan realiti?
Alam fantasi?
Masih aku bermimpi?

Pergi dari sini!
Kaulah pencipta kesunyian itu.
Tidak pernah berubah, engkaulah dia!
Kau tetap engkau.
Tidak perlu menunjuk ke arah dia.
Kerana dia adalah engkau!

Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi,
Begitu tenang untuk hati yang mati.


Gambar ini kredit kepada Abdul Aziz.

Ahad, 12 Disember 2010

Komplex?

Masih tertanya-tanya, apa itu komplex?
Tidak memahami ia, siapa boleh bantu?

Rabu, 8 Disember 2010

Cerita Hari Ini.

"Alamak, hujan pula!" Cik Fara berkata.

Aku berlari meredah hujan,
Bukan seorang diri tapi banyak mengekori,
Tanpaku sedari,
Tentera hujan sudah membasahi.

Bunga temani kumbang menari,
Seronok rasanya hari ini,
Ingin rasanya menari bersama bunga lagi!

Terima kasih teman!
Ingin rasanya kita berjemur lagi dihari lain!

Isnin, 6 Disember 2010

Naga lagi.

"Wahh! Cantinya naga itu! Terbang tinggi lagi!"

Sangkar langit terbuka luas,
Sang Naga keluar dengan bebas,
Terbangnya tinggi mencakar awan,
Merasai keindahan alam.

Ingin dia berlari,
Tapi ekornya panjang sekali.
Ku tanya kemana mahu pergi?
"Lari dari sini menghadap bumi."

Luka Mana?

Sakit hati,
Hati mati,
Hati kosong,
Jiwa lopong.

Cinta mati,
Rahsia hati,
Sakit jiwa,
Luka mana?

Pergi Jauh.

Pergi mana?
Pergi jauh dari sini,
Dalam mimpikan diberi alamat!

Cukup Sekali!

Cukup Sekali,
Kau ranapi,
Rumah hati.

Cukup sekali,
Kau bakari,
Pondok emosi.

Cukup sekali,
Kau hangusi,
Permainan perasaan.

Cukup sekali,
Sakit hati,
Siapa yang mahu ganti?

Demam 150 Juta!

-- Fynn Jamal --
-- Gambar aku ambil dari SINI --

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

--Lagu ni tak putus-putus berdendangan, Hahaa.

Ahad, 5 Disember 2010

Terima kasih cikgu!

Nagaku lari,
Bukan berdiri,
Terbang tinggi,
Kemana pergi?

Watak naga yang sinonim ku baca,
Kenapa kamu terlalu teruja ya?

Nagaku merah berani pula,
Sisiknya cantik matanya dua,
Lentik pula bulu matanya,
Memandang manusia bagai nak gila.

Aha begitulah, baru dapat ku faham luahan rasa.
;)

Bagaimana bisa ku sambung ujamu pada si naga?
Bila aku tak jumpa naga yang bikin mau pada jiwa?

Nagaku terbang tinggi ke awan,
Meninggi awan halilintar melawan,
Jiwaku inilah naga misteri,
Terbang kejiwa seloka puisi.

Jadi apa kau cuba merasuk perasaanku, si naga kecil?
Menerbit teruja sama hormat yang cuma dari aku?

Nagaku kecil merahnya terang,
Pantasnya alahai tak tenang,
Terujamu pada naga kecilku,
Puisiku menyantau jiwamu.

Nanti ku panggil si dukun emosi,
Hitam di susuk jiwanya jernih, barangkali?

Nagaku bersisik hitam dan merah,
Matanya lentik dan panjang lagi,
Sisikku hitam jiwaku putih,
Bagaimana hendak naga kecilmu jelaskan lagi?

Sesungguhnya kau tak faham, naga kecil.

Hai si dukun emosi masih menggumam suara,
Sedang aku percaya jemarinya mahu berlari membertih kata?

Naga kecil bersuara lagi,
Kisah mimpi yang memberani,
Si dukun emosi merah dipipi,
Jemarinya belum berinteraksi lagi.

Benarkah?
Izin ku tanya lagi.
Kadang emosi lancar dari tinta ditulis!

:(
Pelawaan tak bersambut.
Apa tak sudi juga dia menyahut kata.

Hai si naga kecil, tinggallah kita.

Nagaku kecil bermadah lagi,
Usahanya terbang dimimpiku lagi,
Si dukun emosi mengundur diri,
Kita berdua bersua lagi.

Inginku curahkan mimpi ini,
Si dukun berjaya menawan,
Seorang gadis hangat diperkatakan,
Siapakah gadis idaman?

Yang diidam,
Apakah tak sama dengan yang dapat di tangan?
Yang dulu diimpi,
Apakah cuma tinggal sepi... Sendiri?

Muncungnya panjang sekali,
Hidupnya sendiri,
Tapi dihati berbunga lagi.

Bunga raya disimpan dihati,
Siapa gadis pilihan si dukun emosi?
Tak pernahku bayangkan,
Mimpiku jauh sekali. -_-

Apa untungnya menjadi penjaja rasa,
Kerana si bunga tertunggu pasti dari yang dipuja,
Kasihan.
Jangan timbul iri dan sengketa!

Aku pandang gelora usiamu, hai si naga kecil.
Kalau tak upaya menggapai awan,
Biar berhenti dulu di puncak gunung.
Bimbang jatuhmu sakit tak upaya diubat.

Awannya tinggi berhalilintar lagi,
Si naga kecil tetap mahu berdiri.
Kenapa aku berkeras hati?
Duniaku luas, pandangan menawan.

Langit berguruh mentari sembunyi,
Apa semua ini?

Hai si naga kecil,
Melawan arus itu memang rasa yang hebat bila kau tak kalah!

Bagaimana mahu jadi pemenang kehidupan?
Cukup tajamkah siungmu, si naga kecil?
Cukup ampuhkah tenagamu, si naga kecil?

Mari sini si naga kecil berbicara,
Bahasa puisiku dendangkan disini.

Aku sudah melanggar halilintar,
Aku sudah melawan arus peperangan,
Aku sudah memendungkan awan,
Mengunakan siung rahsiaku.

Mulut robek, jiwa gantung.
Siung aku sorok, tenaga aku di awangan.

Barangkali ini sekadar bongkak yang berhamburan?
Kalau diukur jarak hidupmu sayang,
Wajarkah kau bicara akan kemenangan yang cuma sekelumit,
Tak terukur dengan langkah berduri yang nanti di hadapan?

Aku pernah merasa segagah naga,
Siungku saban masa tajam berasah,
Tapi nah!
Hari ini aku cuma ini,
Bukan lagi si naga merah berani,
Tinggal debu hitam kelubung dek terbakar kalah sendiri.

Kecilnya hati sekecil aku ini,
Sanggupkahku teruskan ini lagi?

Aku dikurung disangkar malu,
Mimpi membasahi jiwa mengering,
Kotak hatiku mahu memberhenti,
Menunggu cik menutup soalan ini..

Penat sudah?
Atau bosan melawan hujah?
Sedang sekalian sedang riuh-rendah,
Dan kau resah menunggu kata yang tak sudah?

Nah.
Ini bicara yang sudah ditutup.

--Tulisan membengkok sebegini adalah tulisan dari
Cikgu fairuz.rahman.

Deritku berpanjangan!

Aku,
Burung kasawari,
Tidak boleh terbang tinggi.

Aku,
Si naga kecil,
Tidak ada siung, misainya tidak ada.

Aku,
Gagak hitam,
Hodoh rupa, hitam pula.

Kemenangan itu kau yang punya!

Rasa apa yang aku rasa.

Ku dikurung dalam sangkar kebencian!
Ku dibebas dengan kemerdekaan sementara!

Sang Naga bawaku terbang,
Terbang tinggi mengapai langit,
Agar aku lebih tenang,
Tiada lagi yang berkait.

Sabtu, 4 Disember 2010

Sendiri Lagi.

Jalan pagi,
Hati kosong,
Dalam dingin,
Jiwa lopong.

Jalan pagi,
Berseorangan lagi,
Tiada menemani,
Bosannya kembali.

Jalan pagi,
Kesejukan ini,
Pelukan memanas,
Hujannya melawan.

Jalan pagi,
Berpeluh lagi,
Tiada mentari,
Ku sunyi lagi.

Jangan Bunuh Matahariku.

Sinarnya membuatkan aku terkaku,
Membisu dan terus membisu,
Indahnya matahari aku cuba dalami,
Kerana kau begitu cantik dan berseri.

Ku buka tingkapku, matahari tersenyum.
Sinarnya memancar menerangiku,
Indahnya pagi begitu mendalam,
Bibir berahsia senyum tidak terukir,
Semoga kau terus terangi bumi,
Biar Sang Bulan tersimpan, agar engkau tetap disini.

Malamku sendiri,
Tiada lagi matahari,
Diri sunyi sendiri.

Matahari, ku rindui kehadiranmu,
Ku mahu kau terangi pagiku selalu,
Tak ada lagi awan mendung berarak, disaat kau disitu.
Jangan bunuh matahariku!

--Kerana matahari, gelembung-gelumbung muka tidak lagi pipi. Hahaa.

Jumaat, 3 Disember 2010

Alam Mana?

Aku mahu terbang,
Bagai burung terbang tinggi,
Aku dalam layangan,
Layangan tidak menggarang!

Udara mendinginkan tubuh,
Pelukan kecilku tidak terlawan!

Realiti ini yang ku hadapi?
Mampukahku terus bermimpi?
Rindu ini siapa hampiri?
Aku gusar, Aku kesali!
Inikah cinta muda remaja?
Berikanku jawapan pertama dan terus yang seterusnya,
Hidupku dialam mana?

-- Dihampiri mimpi? Atau dihimpap realiti?

Terus dibawa mimpi, Bahagia menyelubungi.

-- Gambar dari Abg Man(Chow Kit Kita) --
-- Slash Shoot Dance Crew di hadapan KL Krash Pad --

Bahagia menyelubingi diri, menari bertopeng tanpa ada rasa malu, terasa diri ini terbang jauh. Bahagia lagi bila dapat menyeronokan semua penonton yang melihat. Bahagia dapat membuat orang kurang percaya apa yang kami lakukan. Lakukan dengan sepenuh hati, bergerak dengan separuh jiwa, berhenti dengan separa kaki. Impian ingin memasuki sesebuah pertandingan belum tercapai lagi. Hasrat masing-masing ingin membantu keluarga, bangga kerana ada kelebihan sebegitu. Harap tidak akan lupa diri pada suatu hari. Takut semua ikut pangkal sendiri, lupa dirinya itu dari mana. Kadang manusia lupa dan terleka kerana populariti yang menghantui. Yang Maha Esa pun boleh terlupa. Ini ciri-ciri orang berjaya? Aku percaya mereka bukan sebegitu, tapi kalau hendak ditunjukkan boleh terjadi jugakan? :)

--Beringat sebelum terkena!


Aku Mahu Berjalan Kembali.

Dunia penuh liku-liku, diriku dihimpap batu besar, batu yang menghalang aku dari berjalan. Namun aku tetap teruskan berjalan. Tiada yang akan membuat aku terkaku ditengah jalan. Aku tahu hidup ini sukar diduga, yang indah mungkin sukar, yang buruk dipandang itu yang senang menghampiri diri. Hanya diri tidak mampu melawan realiti ini. Kadang buruk itu menimpa diri, diri ini perit untuk menerima kejadian itu. Kehidupan bagai lautan bergelora, tetap dilanda masalah tidak tentu masa. Aku manusia yang terus hidup dengan tekanan! Masalah terus menimpa, teman memberi nasihat, guru memberi tunjuk ajar. Aku mahu berjalan lagi, tiada siapa yang mampu lagi menyekat perjalananku di dunia ini. Hanya kematian yang akan memberhentikan perjalanan hidup ini.

Kata Hujan,
--Kau dan aku terus menari, Biarkan semua kita tidak perduli, Dari awal pagi hingga benamnya mentari, Kita tak perduli, KITA TAK PERDULI!

Khamis, 2 Disember 2010

Menari dan teruskan menari.

-- Gambar daripada Cikgu Fairuz --

Dia, manusia yang tidak berhenti memikirkan masa depannya mengheret bersama tarian yang diminatinya. Terus menari, tiada lagi tolehan yang memberhentikan pergerakan mereka. Radio terpasang, pergerakan tercipta. Inikah dunia tarian yang dibawa mereka? Hanya membisu tanpa berkata apa-apa. Pergerakan yang memberi makna.

--Teruslah menarilah dengan jiwa kosongmu. :)