Sabtu, 4 Disember 2010

Jangan Bunuh Matahariku.

Sinarnya membuatkan aku terkaku,
Membisu dan terus membisu,
Indahnya matahari aku cuba dalami,
Kerana kau begitu cantik dan berseri.

Ku buka tingkapku, matahari tersenyum.
Sinarnya memancar menerangiku,
Indahnya pagi begitu mendalam,
Bibir berahsia senyum tidak terukir,
Semoga kau terus terangi bumi,
Biar Sang Bulan tersimpan, agar engkau tetap disini.

Malamku sendiri,
Tiada lagi matahari,
Diri sunyi sendiri.

Matahari, ku rindui kehadiranmu,
Ku mahu kau terangi pagiku selalu,
Tak ada lagi awan mendung berarak, disaat kau disitu.
Jangan bunuh matahariku!

--Kerana matahari, gelembung-gelumbung muka tidak lagi pipi. Hahaa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan