Ahad, 11 Disember 2011

Kembali Aku

Aku kembali dari kesibukan yang jauh aku sangkakan.
2011. Hampir sampai ke penghujungnya. Bukan aku seorang saja yg sedar, seluruh dunia sudah menyedarinya.
2011. Kenangan pahit manis tercalit. Pelbagai rintangan mendatang. Tidak, aku tidak begitu. Aku masih senyum sehingga ternampak lesung pipit yang tak berapa ketara rupanya.
2011. Aku sentiasa merindui apa yang telah terjadi. Akanku ambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Bukan hanya pada diriku ianya juga dari orang diselilingku yg sering aku perhati dan mengambil tahu.

"Jadilah dirimu kerana dirimu menginginkan kamu menjadi dirimu sendiri. Bukan orang lain." Ya, saya sendiri berkata.
Aku tetap aku.

Isnin, 11 April 2011

Sakit kepala.

Sakit kepala, sakit hati.
Makan hati, kurus lagi.

Cermin diri, tanya lagi.
"Cilaka!"
"Bangsat!"
Perkataan itu keluar lagi.
Tak puas-puas lagi.

Mampu berdiam diri.
Senyum.
Akhirnya, makan hati.

Padan muka aku.
Sekali lagi.

Isnin, 28 Februari 2011

Lama tak post kat Blogger ni. Kat Twitter banyaklah sebab tak perlu online. Sibuk sangat kot. Nii la nakcerita apa yang duk sibuk sangat tu. Hahaaaaaa.

Tahun ni, kumpulan Streetdance kitorang, Slash Shoot Dance Crew cuba masuk Audition Showdown 8TV. Audition tu kami lepas. Jadi, ia bukan bermakna kitorang dapat masuk ke rancangan television tersebut, namun ada lagi 2 halangan iaitu Battle Round dan Meltdown. Pada hari seterusnya, kami datang ke Plaza Bukit Bintang. Pada pusingan battle, kitorang kena battle dengan Fullamak Crew. Dengar khabar angin katanya dorang pernah masuk Audition Showdown tahun 2010 tapi tak lepas dan mereka berpengalaman battle berbanding kitorang yang baru je mencuba battle round tu. Time battle, kitorang banyak terkaku sebab lupa step banyak. Mungkin nervous kot. Lagipun ni first time batte. Then kitorang kalah. Tapi Alhamdullilah, kami dapat menimba pengalaman baru. Walaupun sampai Battle Round je, tapi ianya kira baik untuk kami yang tidak pernah masuk apa-apa pertandingan dan itulkah pertandingan pertama yang kami join.
*********************************

Tahun ni jugak, aku terlalu aktif kat sekolah sampai semua aktiviti kat sekolah aku nak join. Hahaaaaa. First thing,aku masuk kawad irama. Aku masuk sebab kawad irama dia ada menari dan nak kutip markah kokorikulum. Bukan senang nak kutip markah dengan Kadet Remaja Sekolah, yang kuat je yang berani ambil cabaran Ketua Platun yang selalu saiko dengan ragging orang. Belum dengar senior turun padang, lagilah kau kena. Tapi, hitam-hitam pun, Kawad Irama Kadet Remaja Sekolah SMK Seri Titiwangsa dapat Naib Johan dari tiga penyertaan. Penyertaaan sedikit sebab banyak sekolah yang dah tarik diri. Alhamdullilah, dapatlah ianya membantu aku menyokong markah Kokorikulum aku.

Ahad, 2 Januari 2011

Otak dikepala.

Manusia,
Insan mulia dimuka bumi,
Namun apa terjadi?
Zaman ini,
Tidak terfikir aku jadi begini.

Manusia,
Tempat orang jangan dikocak,
Tidak tahu kita,
13 Harimau menunggu kehadiran kita.

Manusia,
Berfikir selamat diri,
Agar tidak dipandang hina,
Risau resah gelisah hatimu,
Bila dikepung bala nanti,
Baru mahu terbuka fikiranmu?

Awan yang mendung pasti akan turunkan tentera hujan,
Apa lagi dendam yang mendalam.
Fikirlah manusia.

Sabtu, 25 Disember 2010

Dibuai sana, Ditarik sini. Mana nak pergi?

Rasa macam pelik sangat. Aku dah macam Perdana Menteri pula! Sibuk memanjang, kejap ini, kejap itu. Tak henti-henti. Ni jelah masa yang terbaik aku post kat blog kesayangan aku ni. :) Rasa rindu pulak lama tak membebel kat sini. Ni dia puisi baru! ;

Lari dia lari kemana?
Setahunya tanpa hala,
Kenapa dia pergi sendiri?
Semua bimbang semua gusar,
Pulanglah kepangkalmu, Pulanglah adik.
Jangan begini selalu,
Pulanglah pulanglah.

--Daripada sebuah kisah saya masukkan ke alam puisi. :)

Selasa, 14 Disember 2010

Manusia hari ini!

Peliknya? Tiada rasa serik walaupun sekali. Rasa macam tak percaya pula. Bila kena, mula berjanji pada diri sendiri tak akan mengulangi. Tapi? Janji kosong itu memperbodohi dirinya sendiri. Dia melakukannya sekali lagi! Hebat rasanya! Mula rasa sakit hati, resah gelisah, mengadu sana-sini akibat diri sendiri. Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat membantu kecuali diri kamu sendiri. Siapa yang merasa hidupnya panjang lagi, buatlah begitu. Tapi, mana kamu tahu ajal maut kamu? Fikirlah, kamu bukannya binatang yang hanya diberi otak saja tapi taida akal fikiran. Kamu ialah manusia, boleh berfikir dengan baik.

--Harap maklum, tiada unsur mengutuk disini. Hanya kasihan melihat sesiapa yang belum serik lagi. Terima kasih.

Imiginasi!

Sang Naga berlari,
Tidak berkepak pula!

Ini realiti?
Atau hanya imiginasi?

Aku tidak mengerti,
Imiginasi menghantui,
Aneh ada didalam kepala,
Sakit hati memikirkan kembali.

Aku mati,
Aku berimiginasi,
Aku pergi,
Juga imiginasi.

Bagaimana mahu aku lari,
Dari kenyataan ini?

Berikan aku,
Secebis kertas,
Seurat dakwat,
Agar aku dapat lari dari imiginasi ini!

Terkurung aku,
Terdiam aku,
Tertipu aku,
Dalam imiginasi aku!

Inginku mati hidup kembali.

Inginku mati,
Dan hidup kembali,
Tiada siapa yang mengenali,
Diriku ini.

Awan gelap sudah biasa,
Kerana pernah merasa begitu,
Sakit hati tidak terasa,
Kerana tiada siapa kenaliku.

Laut gelora,
Hati tidak tersiksa,
Kelabu awan,
Aku tidak berkawan.

Hidupku tenang,
Amannya terbang,
Menjadi burung,
Tiada sarang!

Ya! Merasa aku dalam hidup ini!

Isnin, 13 Disember 2010

Koyakkan Kesunyian Ini!

Sunyi sendiri, hatiku mati!
Jiwa emosi, bagai ingin mati.

Kehidupan realiti?
Alam fantasi?
Masih aku bermimpi?

Pergi dari sini!
Kaulah pencipta kesunyian itu.
Tidak pernah berubah, engkaulah dia!
Kau tetap engkau.
Tidak perlu menunjuk ke arah dia.
Kerana dia adalah engkau!

Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi,
Begitu tenang untuk hati yang mati.


Gambar ini kredit kepada Abdul Aziz.

Ahad, 12 Disember 2010

Komplex?

Masih tertanya-tanya, apa itu komplex?
Tidak memahami ia, siapa boleh bantu?