Isnin, 28 Februari 2011

Lama tak post kat Blogger ni. Kat Twitter banyaklah sebab tak perlu online. Sibuk sangat kot. Nii la nakcerita apa yang duk sibuk sangat tu. Hahaaaaaa.

Tahun ni, kumpulan Streetdance kitorang, Slash Shoot Dance Crew cuba masuk Audition Showdown 8TV. Audition tu kami lepas. Jadi, ia bukan bermakna kitorang dapat masuk ke rancangan television tersebut, namun ada lagi 2 halangan iaitu Battle Round dan Meltdown. Pada hari seterusnya, kami datang ke Plaza Bukit Bintang. Pada pusingan battle, kitorang kena battle dengan Fullamak Crew. Dengar khabar angin katanya dorang pernah masuk Audition Showdown tahun 2010 tapi tak lepas dan mereka berpengalaman battle berbanding kitorang yang baru je mencuba battle round tu. Time battle, kitorang banyak terkaku sebab lupa step banyak. Mungkin nervous kot. Lagipun ni first time batte. Then kitorang kalah. Tapi Alhamdullilah, kami dapat menimba pengalaman baru. Walaupun sampai Battle Round je, tapi ianya kira baik untuk kami yang tidak pernah masuk apa-apa pertandingan dan itulkah pertandingan pertama yang kami join.
*********************************

Tahun ni jugak, aku terlalu aktif kat sekolah sampai semua aktiviti kat sekolah aku nak join. Hahaaaaa. First thing,aku masuk kawad irama. Aku masuk sebab kawad irama dia ada menari dan nak kutip markah kokorikulum. Bukan senang nak kutip markah dengan Kadet Remaja Sekolah, yang kuat je yang berani ambil cabaran Ketua Platun yang selalu saiko dengan ragging orang. Belum dengar senior turun padang, lagilah kau kena. Tapi, hitam-hitam pun, Kawad Irama Kadet Remaja Sekolah SMK Seri Titiwangsa dapat Naib Johan dari tiga penyertaan. Penyertaaan sedikit sebab banyak sekolah yang dah tarik diri. Alhamdullilah, dapatlah ianya membantu aku menyokong markah Kokorikulum aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan